28 March 2009

Apa yang ada dengan konsert ini?

Konsert ni menampilkan artis yang terhangat di pasaran Malaysia, Hujan , MUH dan Aizat.. Mereka pasti akan memberikan persembahan terbaik mereka sempena persembahan yang julung kali diadakan di Sabah.

Dengan membayar harga cuma RM25, anda bakal menyaksikan konsert terhebat yang pernah diadakan di Tawau,Sabah ini.

Selain persembahan daripada mereka (Hujan, MUH & Aizat) yang dijangkakan bermula pada pukul 8.30pm hingga 11.30pm. Penonton boleh mula datang ke tapak konsert (Dewan Masyarakat Tawau) mulai dari pukul 4pm kerana pelbagai aktiviti akan diadakan seperti , persembahan dari “Local Indie Band”… Persembahan Shuffle… Tarian Kontemporari… Game Show dengan pelbagai hadiah yang menarik dan amat menghiburkan!!!



Kedudukan di dalam dewan untuk konsert ini.

Selain daripada itu, untuk menjamin kepuasan anda semua sebagai penonton… pihak penganjur juga menyediakan sound system yang TERBAIK!!! Konsert ini akan menggunakan sistem bunyi yang diimport khas dari kota kinabalu demi menjanjikan kualiti bunyi terbaik untuk konsert ini.

Pihak penganjur juga menyediakan kawalan yang KETAT untuk memastikan perjalanan konsert tidak terganggu dan berjalan dengan lancar…. Tiada istilah rempuh dan menyaksikan konsert dengan percuma kerana penganjur telah bersedia dengan kawalan keselamatan yang terbaik dari konsert itu bermula pada pukul 4pm sehingga 11.30pm bila konsert ini dijangka berakhir…

Ingat!! Semua ini anda boleh dapat dengan membayar RM25!!! Jadi bersediakah anda untuk kepuasan konsert yang sebenar?? Terpulang dari anda…

0 Komen: