03 April 2009

Hujan & Meet Uncle Hussain di Tawau



Kepada peminat Hujan & Meet Uncle Hussain (MUH), mereka kini telah pun berada di Tawau tepat pukul 10 pagi menaiki Penerbangan Air Asia. Di Lapangan Terbang Tawau, mereka di sambut rombongan penganjur yang diketuai Secret Entertainment. Suasana tetap terkawal walaupun sudah ada peminat yang mengambil kesempatan mengambil gambar kenangan sebelum perjalanan penerbangan mereka.



Hari pertama mereka di Tawau, Hujan dan MUH berkesempatan dibawa meronda-ronda di sekitar Tawau termasuk membuat Sidang Media bersama wartawan tempatan untuk berita akhbar keluaran esok.

Selamat datang Hujan, selamat datang MUH.

31 March 2009

Hotline Tiket Di KK Dibuka

Bagi peminat di sekitar Kota Kinabalu yang bimbang kehabisan tiket, anda boleh menempah dan mendapatkan tiket konsert anda dengan membuat panggilan ke talian Hotline Tiket Kota Kinabalu 014-5693002. Perkhidmatan menjual tiket di Kota Kinabalu yang baru dilancarkan itu diharap tidak akan menghampakan peminat Hujan, Meet Uncle Hussain dan Aizat dan mereka boleh datang and sure can got the best among the best indie concert.

28 March 2009

Blog Konsert Sure Gegar

Selamat Datang Ke laman Blog Konsert Sure gegar @ Tawau.

Blog ini diwujudkan sebagai memenuhi keperluan pengguna internet khususnya kepada peminat artis Konsert Sure gegar @ Tawau iaitu Hujan, meet Uncle Hussain dan Aizat untuk mendapatkan maklumat mengenai konsert tersebut. Diharap blog ini dapat membantu anda...